Sunday, 15 March 2015

Asas Mekanisme Proses Lekat Panas Automatik


Video dibawah adalah contoh pergerakan secara turutan yang boleh digunakan untuk proses lekat panas dalam sistem pembungkusan. Pemanas boleh dipasang pada hujung silinder pneumatik dwi tindakan tersebut. Bahan yang dibungkus akan jatuh dari atas dan sebaik sahaja dua silinder tersebut memanjang sepenuhnya, pemanas akan melekatkan plastik pembungkus yang tersedia melitupi bahan yang jatuh tersebut. Ini adalah contoh sistem asas yang menggunakan alat bantuan pengajaran, di mana komponen asal seperti yang dilihat dalam industri telah diubahsuai untuk memudahkan pelajar membuat pendawaian. Pendawaian menggunakan komponen asal bagi satu sistem yang lengkap memerlukan kemahiran dan semestinya untuk membentuk kemahiran tersebut, pelajar perlukan lebih masa. Klik di sini untuk video dalam Youtube.



Berikut pula adalah gambaran keseluruhan sistem. Teknik yang digunakan adalah elektro pneumatik sepenuhnya. Oleh itu kelihatan banyak wayar digunakan dan pengendali perlu mahir dalam membuat pendawaian. Sekiranya pengawal (controller) digunakan, pendawaian yang rumit seperti dibawah boleh dipermudahkan.




MAM
Pensyarah,
FKMP, UTHM

No comments:

Post a Comment