Wednesday, 11 March 2015

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Elektro pneumatik BDA 18301

Berikut adalah perancangan pengajaran dan pembelajaran kursus elektro pneumatik BDA 18301 untuk seksyen di bawah seliaan saya. Pelajar mempunyai masa selama 2 jam bagi setiap sesi pembelajaran berpandu di makmal dan  3 jam untuk pembelajaran kendiri.

Hari #1:
Pengenalan kepada automasi
Pengenalan kepada asas elektro pneumatik
Pengenalan kepada asas litar, pendawaian dan aplikasi fungsi AND & OR 
Pendawaian suis had (limit switch) dan penderia (sensor)

Hari #2:
Pengenalan kepada relay dan litar penahan (holding circuit)
Pendawaian litar penahan menggunakan relay
Undian tajuk projek untuk setiap kumpulan. Projek adalah secara berkumpulan.

Hari #3:
Pengenalan dan pendawaian pemasa (timer) dan pengira (counter)
Merekabentuk litar untuk penyelesaian masalah projek di bawah seliaan pensyarah.
Membuat pendawaian sistem dan mengujilari sistem yang dipasang.
Laporan lengkap tapi ringkas (seperti dalam kertas arahan) dihantar seminggu kemudian. 

No comments:

Post a Comment