(Important! Steps to develop Automatic System)
Sistem automatik bukan sahaja digunakan pada sesebuah mesin malah juga digunakan dalam kawalan proses pembuatan, pemasangan produk, pengujianan bahan, kawalan keselamatan dan lain-lain aplikasi. Untuk membangunkan sistem automatik tersebut, saya dapat simpulkan kepada beberapa langkah utama iaitu;
- Tentukan keperluan mekanisma (Determine the mechanism requirement)
- Senaraikan semua penggerak dan penderia yang digunakan (List all the utilized actuators and sensors)
- Berdasarkan senarai penggerak dan penderia, kenalpasti bilangan input dan output untuk sistem tersebut. (Referring to the list of the actuators and sensors, identify the number of input and output for the system)
- Tentukan turutan operasi (Determine the operation sequence)
- Terbitkan program atau litar pendawaian (Derive program or wiring circuit)
- Pasang dan ujilari sistem (Install and test run the system)
Akan tetapi langkah-langkah ini hanya dapat dilihat sebagai satu panduan umum jika tidak disertai dengan pengalaman praktikal. Pendek kata, kena buat, baru lebih faham. Ilmu mesti disertakan dengan amal. Kepercayaan dan keyakinan akan terbit setelah ilmu tersebut diamalkan. Selain itu tidak ketinggalan juga akhlak yang baik (atau istilah modennya etika dan disiplin) diperlukan untuk kesempurnaan kejayaan. Allahu'alam.
Mesin suntikan beracuan (injection molding) saya yang pertama, hasil usaha bersama Mohamad Syakirin Zakaria dan Shahril Nazri. Video oleh Shahril Nazri.
MAM
Pensyarah,
FKMP, UTHM
No comments:
Post a Comment