Friday 22 May 2015

Kes-kes penyelesaian permasalahan kejuruteraan menggunakan teknik elektro pneumatik

Merujuk kepada langkah-langkah penyelesaian masalah yang melibatkan sistem elektro mekanikal automatik yang telah diposkan sebelum ini, berikut adalah beberapa contoh penyelesaian masalah menggunakan teknik elektro pneumatik. Penyelesaian sistem tersebut di terjemahkan dalam bentuk litar elektro pneumatik.

Kes 1 (Mudah):

Satu suis ditekan untuk menggerakkan satu silinder pneumatik dua tindakan. Satu suis lain akan ditekan untuk kembalikan silinder ke kedudukan asal. Semua komponen gunakan 9V.

Penyelesaian:

1. Kenal pasti komponen yang terlibat: 2 suis 1 silinder pneumatik dua tindakan.
2. Tentukan jumlah I/O (input & output):
     
     Input    : 1 x Suis ON, 1 x suis OFF
     Output : Bergantung kepada strategi. Satu silinder boleh digerakkan menggunakan DCV yang dikawal oleh satu solenoid atau dua solenoid. Katakan 2 solenoid dipilih, maka bilangan output adalah 2.

3. Tentukan turutan operasi (operation sequence):
 
    1. Suis 1 ---------> Solenoid keluar (extend)
    2. Suis 2 ---------> Solenoid kembali (return)

4. Lukis litar berdasarkan sequence di atas:
 
    1. Umum diketahui litar perlu dimulakan dengan buat satu garis lurus di bahagian atas sebagai sumber elektrik positif dan satu garis lurus di bawah sebagai sumber common (kembali/negatif). Simbol input berkaitan perlu dilukis di bahagian atas dan semua simbol output dilukis di bahagian bawah.

    2. Merujuk kepada sequence, lengkapkan litar dengan melukis simbol input ____ akan disambungkan kepada output ____. Mulakan dari kiri ke kanan. Tindakan seperti ini bermaksud anda membuat satu loop demi satu loop litar elektrik. Hasilnya adalah seperti dalam Rajah 1 di bawah.


Rajah 1


Kes 2 (Sederhana):

Pelabuhan Nelayan Marang, Terenganu, Malaysia

Bagi mengatasi permintaan yang tinggi dalam masa yang singkat terhadap 'Ikan Celup Tepung' (ICT) yang amat terkenal di Terengganu, teknik menggoreng secara automatic deep fry diperlukan oleh pengusaha ICT. Proses dimulakan dengan meletakkan ICT ke dalam jaring dan suis ON ditekan untuk mulakan rendaman ICT dalam minyak panas. Setelah ICT digoreng selama 5 minit, jaring akan terangkat untuk toskan minyak panas dari ICT yang siap digoreng. Selaku jurutera mekanikal, anda diminta oleh pengusaha ICT tersebut untuk merekabentuk sistem yang diperlukan.

Penyelesaian:

1. Kenal pasti komponen yang terlibat. Anda sendiri tentukan sama ada perlu penggerak jenis apa dan apa-apa suis atau pengesan yang terlibat. Senarai hardware ini akan mempengaruhi operation sequence dan litar yang dilukis.

Katakanlah anda pilih 1 silinder pneumatik dua tindakan, satu suis sebagai suis ON dan satu TIMER kerana masa menggoreng perlu ditentukan. Mungkin satu limit switch diperlukan untuk pastikan TIMER mula kira masa apabila ICT telah terendam sepenuhnya.

2. Tentukan jumlah I/O (input & output):
   
     Input    : 1 x suis ON, 1 x limit switch, 1 x TIMER contactor.
     Output : 2 solenoid (Ext. cylinder & Ret. cylinder) dan TIMER coil.

3. Tentukan turutan operasi (operation sequence):

    1. Suis 1                    ---------> Solenoid rendam diaktifkan (ikan direndam dalam minyak panas)
    2. Limit Switch        ---------> TIMER coil mula kira (set pada 5 minit)
    3. TIMER contactor -----------> Solenoid kembali diaktifkan (ICT diangkat ke atas)

4. Lukis litar berdasarkan sequence di atas:

Merujuk kepada sequence di atas, lukis litar elektro pneumatik seperti Rajah 2 di bawah.


Rajah 2

PENTING:
1. Jika nilai voltage tidak diberikan, ANDA SENDIRI tentukan nilai voltage tersebut. Nilai voltage tersebut PERLU ADA.
2. Semua simbol perlu dilukis dengan betul. Piawai yang digunakan di FKMP ialah IEC 60617.
3. Penamaan setiap simbol perlu ada. Sekiranya terdapat simbol berulang seperti contactor relay dan solenoid, penamaan simbol amat penting untuk membezakan setiap komponen mengikut sequence.

"JIKA SEORANG DOKTOR TERSALAH POTONG SATU URAT SARAF, HANYA PESAKIT ITU YANG TERIMA AKIBATNYA. JIKA SEORANG JURUTERA TERSALAH PASANG SATU WAYAR, AKIBATNYA MELIBATKAN BANYAK JIWA......" saya gunakan ayat yang diubahsuai dari guru kejuruteraan saya dalam kelas 'Jurutera dan Masyarakat', tahun 2000. Fikir-fikirkanlah.


Sekian, harap contoh ini dapat berikan manfaat kepada semua. Amin.

MAM
Pensyarah,
FKMP, UTHM

No comments:

Post a Comment