Saturday, 23 May 2015

Latih tubi penyelesaian rekabentuk sistem menggunakan elektro pneumatik

Dapatkan litar elektro pneumatik dan rajah pneumatik untuk setiap kajian kes di bawah;


Kes 1:

Satu silinder pneumatik dua tindakan digunakan untuk mengapit sticker pada fabrik dalam satu proses lekat panas. Dua suis perlu ditekan serentak untuk menggerakkan satu silinder pneumatik tersebut. Setelah melakukan apitan selama 10 minit, silinder pneumatik tersebut akan kembali ke posisi asal. Nilai voltage adalah 12V.


Kes 2:

Satu sensor digunakan untuk mengesan kehadiran kotak. Setelah kotak dikesan, satu silinder pneumatik dua tindakan akan menolak kotak tersebut ke atas pallet kayu. Silinder tersebut akan kembali ke posisi asal setelah kotak tersebut ditolak sepenuhnya. Semasa kotak itu ditolak, lampu amaran berwarna merah akan menyala.


Kes 3:

Dua sensor digunakan untuk mengesan aras air dalam tangki. Sensor 1 digunakan untuk kesan aras air maksima dan satu lagi sensor digunakan untuk kesan aras air minima. Sekiranya sensor 1 aktif, pam akan berhenti. Sekiranya sensor 2 aktif, pam akan aktif untuk tingkatkan aras air dalam tangki. Anggap semua input dan output menggunakan nilai voltage yang sama iaitu 24V, 2A.


Kes 4:

Merujuk kepada kes 3 di atas, semua sensor gunakan 12V manakala pam dijana oleh bekalan elektrik sebanyak 24V.


Kes 5:

Dua suis ditekan untuk menggerakkan satu silinder sebanyak 20 kali. Setelah itu silinder tersebut akan berhenti.


Kes 6:

Tiga proximity sensor digunakan untuk memastikan komponen yang perlu dimesin terletak pada jig dengan betul sebelum proses pemesinan dilakukan. Setelah ketiga-tiga sensor kesan kedudukan yang betul, lampu merah akan menyala dan spindle yang membawa mata alat (contoh; end mill) akan diturunkan oleh silinder pneumatik untuk mulakan proses pemesinan. Proses pemesinan akan berlangsung selama 8minit. Setelah itu, spindle akan diangkat ke posisi asal.


Kes 7:

Satu sensor capacitive digunakan untuk kira putaran takal pam air (water pump pulley). Sekiranya takal tersebut telah berputar sebanyak 100 kali, maka pintu sluis (sluice door) yang mengawal air akan terbuka. Sebaliknya pintu sluis tersebut akan tertutup. Semasa pintu tersebut tutup, lampu hijau menyala. Semasa pintu tersebut dibuka, lampu kuning akan menyala.


MAM
Pensyarah,
FKMP, UTHM






No comments:

Post a Comment