Friday, 9 October 2015

Vektor Unit (unit vector), Bahagian II

Contoh vektor unit dalam Bahagian I mungkin agak mudah. Contoh tersebut bertujuan untuk memudahkan para pelajar faham dengan konsep vektor unit dan skalarnya yang mewakili bilangan vektor unit (skalar diambil dari perkataan 'scales'). Contoh berikut pula menunjukkan pengiraan vektor unit dalam dua dimensi yang melibatkan paksi x dan paksi y.



Maka, vektor unit u untuk vektor ini adalah;


Di sini kebanyakan pelajar akan keliru mengapa vektor unit tersebut dalam bentuk Cartesian di mana ada tanda arah i dan j dan bukannya nilai 1. Ini sudah tentu kerana kiraan di atas adalah untuk vektor unit dan BUKAN MAGNITUD VEKTOR UNIT bagi vektor F tersebut. Magnitud vektor unit boleh dikira secara berikut;


Dengan ini terbuktilah bahawa magnitud bagi vektor unit adalah 1. 

Perlu diingat, vektor unit adalah vektor. Ianya adalah nisbah (ratio) sesuatu vektor terhadap magnitud vektor tersebut. Jika diimbas kembali, jika sesuatu vektor dibahagikan dengan sesuatu skalar (nombor bulat seperti nilai magnitud) maka hasilnya juga adalah dalam bentuk vektor. Tidak kira sama ada ia melibatkan daya, halaju. posisi dan sebagainya.


Oleh:

MAM
Pensyarah,
FKMP, UTHM

No comments:

Post a Comment