Siapa kata bidang teknologi, sains mahupun kejuruteraan tiada kaitan dengan hal-hal agama ataupun ketuhanan? Secara sedar atau tidak, hakikat ketuhanan yang satu sebenarnya diterimapakai dalam segenap aspek. Salah satunya adalah seperti analogi yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah. Amat mustahil jika semua robot tersebut dan juga ruang kerjanya (working space) terjadi dengan sendirinya. Si pembuat robot tahu segenap segi tentang semua robot yang dihasilkannya juga program dan tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan robot-robotnya. Tidak ada satu pun robot-robotnya pula yang tahu apa-apa tentang pembuatnya melainkan pembuatnya set program pengenalan identiti (identity recognition) pada robot tersebut untuk kenal dan tahu siapakah pembuatnya. Robot-robot itu juga tidak tahu bagaimanakah bentuk pembuatnya, di manakah pembuatnya berada dan dari manakah datangnya si pembuat robot tersebut. Juga AMAT TIDAK MASUK AKAL SALAH SATU ROBOT ITU ANAK PEMBUATNYA. Ini kerana konteks di sini amat jelas iaitu hanya ada pembuat dan yang dibuat. Bagaimana boleh dikatakan yang dibuat itu juga bersifat pembuat?
Ada robot yang diprogramkan hanya patuh kepada program yang dibuat oleh pembuatnya. Ada juga robot yang boleh membuat pilihan sendiri dalam menjalankan aktiviti rutinnya tetapi masih tertakluk dalam program yang dibuat untuknya. Robot-robot yang boleh membuat pilihan sendiri ini biasanya adalah robot-robot yang bijak dan dihasilkan menggunakan konsep kecerdasan buatan (artificial intelligence). Robot-robot yang boleh buat pilihan sendiri ini agak unik kerana kadang kala ada yang salah membuat pilihan walaupun ia telah diarahkan untuk ikut program yang dibuat untuknya. Robot-robot yang ingkar (corrupted) ini biasanya akan dikeluarkan dari sistem atau ruang kerja (workspace) supaya tidak menganggu urusan robot lain mahupun mendatangkan kerosakan kepada ruangkerja. Robot-robot seperti ini perlu dirawat sama ada dengan programkan semula (reformated), ditukarkan penderia (sensor) yang rosak mahupun penggantian mekanisma yang baru. Akhir sekali, robot-robot yang masih ingkar pula akan terus dihancurkan kerana ia akan merosakkan robot yang lain. Adakah pembuatnya dikira kejam sekiranya robot yang ingkar ini dimusnahkan? Siapakah yang zalim di antara robot yang ingkar tadi (tidak patuh pada program dan rosakkan sistem) dengan si pembuatnya yang menamatkan khidmat (dismantle) robot ingkar tersebut? Robot-robot yang patuh pada arahan dan telah tamat tempoh pula akan disimpan rapi dengan baik di tempat yang baik. Allahualam.
MAM
No comments:
Post a Comment